LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG


Sektor pertanian dan industri makanan merupakan pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi negara dan sekaligus merupakan penyumbang kepada jaminan bekalan makanan
negara. Bagi mendepani masalah, isu dan cabaran dalam aktiviti pemindahan teknologi agromakanan yang dihadapi pada masa ini, amatlah wajar jika ianya segera diatasi dengan memberi pendedahan dan menggalakkan aplikasi dan adaptasi inovasi dan teknologi agromakanan terkini kepada golongan sasar. Aspek sekuriti makanan yang telah diberikan penumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) sebagai jaminan terhadap ketersediaan makanan negara dan sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dilihat mampu mengatasi isu serta masalah ini. Sehubungan itu, persidangan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk memberi pendedahan serta maklumat inovasi dan teknologi agromakanan terkini kepada agen pengembangan yang merupakan penghubung utama kepada golongan sasar dalam mendepani cabaran sekuriti makanan negara.

OBJEKTIF

i. Meninjau isu dan permasalahan utama dalam aspek pemindahan teknologi di sektor agromakanan
ii. Menawar dan meningkatkan penggunaan teknologi dan hasil inovasi penyelidikan yang terkini kepada agen pengembangan dan golongan sasar
iii. Menjalinkan kerjasama serta perkongsian idea antara semua pihak yang terlibat dalam memastikan isu-isu semasa berkaitan ini dapat diselesaikan dengan lebih efisien


TERBUKA KEPADA


• Agen pengembangan
• Usahawan
• Penjana teknologi
• Ahli akademik
• Pelajar
• Syarikat
• Pertubuhan bukan kerajaan


TARIKH DAN TEMPAT

8-10 NOVEMBER 2022


Hotel Casuarina@Meru,

No. 1-C, Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Free Joomla! templates by Engine Templates